Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Usul undi percaya PAS: Pembangkang biasa tidak sokong PM - Dr Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa hairan dengan cadangan PAS yang mahu membawa 'usul undi percaya' ke Dewan Rakyat agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Usul undi percaya PAS: Pembangkang biasa tidak sokong PM - Dr Wan Azizah

Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: MOHD RASFAN / AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 08:51PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 08:55PM

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa hairan dengan cadangan PAS yang mahu membawa 'usul undi percaya' ke Dewan Rakyat agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata ini kerana, kebiasaannya, pihak pembangkang tidak akan menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan perdana menteri mahupun membuat sebarang cadangan seumpama itu.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Dr Wan Azizah hanya tersenyum dan secara ringkas menyatakan: "Kita sudah sokong Dr Mahathir lebih lama sebelum PAS."

Dr Wan Aziziah ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini, hari ini (12 Feb).

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pembentangan usul undi percaya itu diputuskan sebulat suara oleh majlis kepimpinan pusat PAS pada mesyuarat bulanannya pada Sabtu.

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan turut menyatakan parti itu akan menyokong undi percaya terhadap Dr Mahathir apabila ia dibentangkan oleh PAS di Dewan Rakyat.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan