Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Usul baru dapat visa: Pelawat perlu dedahkan identiti media sosial untuk masuk Amerika

Amerika Syarikat bercadang mengenakan peraturan baru terhadap rakyat asing yang memohon visa untuk ke negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Apr 2018 06:38PM Dikemas Kini : 01 Apr 2018 11:25PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat bercadang mengenakan peraturan baru terhadap rakyat asing yang memohon visa untuk ke negara itu.

Semua pemohon akan diminta mendedahkan semua identiti media sosial mereka yang digunakan sepanjang lima tahun sebelumnya.

Selain itu para pemohon perlu memberi nombor telefon, alamat emel dan sejarah perjalanan mereka sepanjang tempoh tersebut.

Mereka juga perlu memberitahu sekiranya pernah diusir dari sesebuah negara atau ada anggota keluarga terlibat dalam kegiatan pengganasan.

Saranan Jabatan Negara Amerika itu sejajar dengan janji Presiden Donald Trump hendak mengenakan saringan lebih ketat terhadap rakyat asing yang memasuki Amerika Syarikat, bagi mencegah anasir pengganas.

Ia dijangka menjejas sekitar 14.7 juta orang setiap tahun.

Bagaimanapun peraturan baru itu, jika diluluskan, tidak menjejas rakyat dari lebih 40 negara termasuk Singapura. Rakyat Singapura diberi status perjalanan bebas visa oleh Amerika Syarikat.

Keputusan usul itu akan dibuat selepas orang ramai memberikan pandangan mereka dalam tempoh dua bulan ini.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan