Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ustaz diheret ke mahkamah, didakwa aib kehormatan tunang guna WhatsApp

Seorang guru agama dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini (8 Feb) atas pertuduhan mengaibkan kehormatan tunangnya melalui aplikasi WhatsApp, dua minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ustaz diheret ke mahkamah, didakwa aib kehormatan tunang guna WhatsApp

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 03:42PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 03:43PM

PETALING JAYA: Seorang guru agama dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini (8 Feb) atas pertuduhan mengaibkan kehormatan tunangnya melalui aplikasi WhatsApp, dua minggu lalu.

Mohammad Azizi Iqmal Abdullah, 41 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abd Salim.

Mengikut pertuduhan, lelaki mualaf itu didakwa mengaibkan tunangnya yang berusia 37 tahun dengan menghantar mesej yang mengandungi perkataan mengaibkan. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Puchong pada 9.15 malam, 28 Januari lalu yang boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu kerana tiada penjamin yang hadir di mahkamah.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan