Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ustaz Abdul Somad sah bercerai

Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai UAS dilaporkan menceraikan isterinya selepas mendapat kelulusan mahkamah syariah.

Anggaran Waktu Membaca:
Ustaz Abdul Somad sah bercerai

Ustadz Abdul Somad. (Gambar: Ustadz Abdul Somad/Facebook)

Diterbitkan : 05 Dec 2019 11:13AM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 11:17AM

PEKAN BARU: Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai UAS dilaporkan menceraikan isterinya selepas mendapat kelulusan mahkamah syariah.

Tribunnews melaporkan hakim mahkamah syariah di Bangkinang meluluskan permohonan cerai Ustaz Abdul Somad, 42 tahun dengan isterinya, Mellya Juniarti, 29 tahun, pada Selasa (3 Dis).

Keputusan dibuat tanpa kehadiran Ustaz Abdul Somad dan bekas isterinya dilaporkan datang lewat.

Jurucakap mahkamah, Encik Muliyas berkata, Ustaz Abdul Somad sudah mendaftar untuk menceraikan isterinya sejak 12 Julai 2019, lapor Tribunnews.

Pasangan itu yang dilaporkan berkahwin pada 2012 hanya diwakili peguam masing-masing.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan