Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Usia 81 tahun tidak halang Daim capai cita-cita genggam PhD

Mantan menteri kewangan dan mantan pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia, Tun Dr Daim Zainuddin membuktikan bahawa tiada yang terlambat bagi seseorang mencapai cita-citanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Usia 81 tahun tidak halang Daim capai cita-cita genggam PhD

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Oct 2019 11:57PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 11:59PM

KUALA LUMPUR: Mantan menteri kewangan dan mantan pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia, Tun Dr Daim Zainuddin membuktikan bahawa tiada yang terlambat bagi seseorang mencapai cita-citanya.

Beliau yang berusia 81 tahun itu menerima pengijazahan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sastera dan Sains Sosial daripada Universiti Malaya Sultan Nazrin Shah pada Sabtu (12 Okt).

Tiga anak lelaki dan dua anak perempuan serta enam orang cucu dan seorang cicitnya turut hadir di majlis itu untuk sama-sama meraikan kejayaannya.

Menurut Daim, beliau memulakan pengajian PhD pada 2008 namun terpaksa berehat selama lima tahun kerana menghidap masalah kesihatan.

Apabila beliau kembali menyambung pengajian, beliau dilantik sebagai penasihat dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Meskipun mempunyai jadual yang padat, Daim berjaya menyelesaikan kertas tesisnya berjudul 'Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu: Kejayaan dan Kegagalan.'

Apabila ditanya apakah dorongan yang membuatnya ingin meneruskan pengajian, beliau berkata beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah yang memerlukannya lakukan penyelidikan awal dan itu mendorongnya untuk terus berusaha menyiapkan kertas tesis PhDnya.

"Ilmu itu kuasa dan ilmu itu mestilah digunakan untuk kebaikan. Bila kita punya ilmu kita boleh gunakannya untuk memberikan pendapat kita mengenai perkara tertentu demi faedah orang-orang di sekeliling kita,"

"Terdapat banyak kejayaan dan kegagalan, yang penting kita belajar daripada kegagalan kita dan tidak mengulanginya dan bila kita capai kejayaan kita harus pergunakannya untuk kelebihan kita," ujarnya.

Tambah Daim lagi, Malaysia merupakan antara negara yang menghasilkan ramai bilangan rakyat yang mempunyai ijazah universiti, namun masih ramai yang masih belum mendapatkan pekerjaan.

"Anda mesti menimbulkan persoalan, apakah kita melahirkan siswazah yang betul ketika menghadapi pasaran kerja yang mencabar hari ini? Kerana pendidikan adalah satu hal tetapi pendidikan yang betul untuk rakyat kita bagi menyelesaikan masalah itu perlu juga dipertimbangkan," ujarnya. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan