Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Usahawan Korea Selatan ditemui mati dalam penjara Hong Kong

Seorang lelaki Korea Selatan ditemui mati semalam di dalam Penjara Lai Chi Kok di mana dia ditahan kerana dituduh membunuh isteri dan anak lelakinya di Hotel Ritz-Carlton awal tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Apr 2018 04:26PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 11:55PM

HONG KONG: Seorang lelaki Korea Selatan ditemui mati dalam Penjara Lai Chi Kok di mana dia ditahan kerana dituduh membunuh isteri dan anak lelakinya di Hotel Ritz-Carlton awal tahun ini.

Polis enggan mendedahkan punca kematian Kim Min-ho semalam (16 Apr).

Namun, lelaki 43 itu dipercayai membunuh diri kerana sekeping nota ditemui dekat tubuhnya.

Kim ditangkap pada Januari lalu setelah polis menerima maklumat mengenai pergaduhan antara seorang lelaki dan wanita di Hotel Ritz Carlton.

Di dalam sebuah bilik di hotel itu polis menemui mayat isteri dan anak lelaki Kim yang berusia enam tahun dengan beberapa bekas kelaran di leher mereka.

Kim pula ketika itu ditemui pengsan, dipercayai kerana minum arak. Polis juga menemui sebilah pisau di bilik tersebut.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan