Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Usahawan Elon Musk di Thailand, tawar kapal selam mini untuk misi menyelamat gua

Elon Musk berkata beliau berada di Thailand pada Selasa (10 Jul) dengan sebuah prototaip kapal selam kecil dan tawarkannya sebagai usaha menyelamat mereka terperangkap dalam gua Tham Luang.

Anggaran Waktu Membaca:
Usahawan Elon Musk di Thailand, tawar kapal selam mini untuk misi menyelamat gua

Ujian prototaip kapal selam mini (Gambar: Elon Musk, menerusi AP)

Diterbitkan : 10 Jul 2018 10:56AM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 11:02AM

WASHINGTON: Usahawan penerokaan angkasa Amerika Syarikat Elon Musk berkata beliau berada di Thailand pada Selasa (10 Jul) dengan sebuah prototaip kapal selam kecil, di gua yang dilanda banjir di mana lima anggota sebuah pasukan bolasepak masih terperangkap.

"Baru kembali dari Gua Tiga," kata Musk di laman Twitternya, merujuk ke ruang ketiga gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand.

"Kapal selam mini tersedia jika diperlukan. Diperbuat daripada bahagian roket dan dinamakan Wild Boar bersempena pasukan bolasepak. Akan tinggalkannya di sini, seandainya berguna pada masa depan."

Di Instagram, beliau memuatnaikkan video gua yang banjir bersama para penyelamat.

(Gambar: Elon Musk)

Gua Tiga terletak dua kilometer dari pintu masuk rangkaian gua Tham Luang dan merupakan pangkalan bagi para penyelamat Thai.

Lima lagi anggota yang menanti untuk diselamatkan berada dua kilometer lebih jauh ke dalam, di sebuah kawasan yang sukar dilalui.

Sejauh ini belum ada petanda sama ada para penyelamat akan menggunakan prototaip milik Musk.

Musk menyifatkannya sebagai "kapal selam kecil bersaiz kanak-kanak, yang menggunakan tiub oksigen daripada roket Falcon."

Menurut beliau, kapal selam itu cukup ringan untuk dibawa dua penyelam, kuat dan cukup kecil untuk menembusi ruang sempit.

Orang di dalamnya tidak perlu tahu berenang atau menggunakan tangki oksigen.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan