Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Upacara pertabalan Maharaja Naruhito berlangsung minggu depan

Maharaja Naruhito secara rasmi akan ditabalkan menduduki takhta diraja Jepun dalam satu majlis keagamaan minggu depan, namun upacara itu dibayangi bencana alam taufan Hagibis.

Anggaran Waktu Membaca:
Upacara pertabalan Maharaja Naruhito berlangsung minggu depan

Maharaja Naruhito dan isterinya, Maharani Masako. (Gambar fail: Issei Kato)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 02:12PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 02:16PM

TOKYO: Maharaja Naruhito secara rasmi akan ditabalkan menduduki takhta diraja Jepun dalam satu majlis keagamaan minggu depan, namun upacara itu dibayangi bencana alam taufan Hagibis.

Naruhito dilantik secara rasmi sebagai Maharaja Jepun pada 1 Mei lalu, iaitu sehari selepas bapanya, Akihito turun takhta, iaitu yang pertama dalam tempoh 200 tahun.

Namun, proses peralihan itu bakal disempurnakan pada Selasa ini, dalam beberapa upacara yang dijangka dihadiri orang-orang kenamaan asing dari hampir 200 negara.

Upacara itu berlangsung kira-kira seminggu selepas taufan Hagibis melanda Jepun, yang mengorbankan hampir 80 mangsa, selain mengakibatkan kemusnahan lain.

Dengan orang ramai masih lagi melaksanakan usaha mencari dan menyelamat orang-orang tersayang, kerajaan menangguhkan salah satu acara penting dalam majlis berkenaan, iaitu perarakan menaiki kereta, yang bertujuan memperkenalkan pasangan diraja kepada orang ramai.

Acara lain akan diteruskan dan ia bakal bermula dengan upacara keagamaan yang berlangsung secara tertutup.

Beberapa jam kemudian, Naruhito dan isterinya, Maharani Masako akan menghadiri upacara utama di Bilik Pine di Istana Imperial, bagi mengisytiharkan bermulanya era pemerintahan beliau dalam takhta diraja Jepun.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan