Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Universiti Islam Indonesia larang pelajar pakai burqa di kampus

Sebuah universiti Islam di Indonesia berdepan kritikan daripada pelbagai kumpulan dan aktivis Muslim semalam (7 Mac) selepas ia melarang para pelajar wanitanya memakai burqa kerana bimbang tentang penyebaran ideologi radikal di kawasan kampus.

Anggaran Waktu Membaca:
Universiti Islam Indonesia larang pelajar pakai burqa di kampus

(Gambar fail: Adek Berry/ AFP)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 10:57PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 11:01PM

JAKARTA: Sebuah universiti Islam di Indonesia berdepan kritikan daripada pelbagai kumpulan dan aktivis Muslim semalam (7 Mac) selepas ia melarang para pelajar wanitanya memakai burqa kerana bimbang tentang penyebaran ideologi radikal di kawasan kampus.

Universiti Islam Negeri (UIN) Yogyakarta di pulau Jawa, menyatakan seramai 41 pelajarnya yang memakai burqa, akan diberikan kaunseling dan diminta menanggalkan penutup wajah itu jika mereka mahu menamatkan pengajian.

Front Pembela Islam (FPI), dalam satu kenyataan berkata dasar itu "tidak masuk akal" dan jelas bertentangan dengan usaha negara itu untuk mengekalkan keharmonian kaum.

Seorang lagi aktivis wanita menyifatkan larangan tersebut sebagai menyekat kebebasan wanita untuk memakai apa yang mereka inginkan.

"Memakai burqa adalah satu pilihan dan kita tidak boleh campur pilihan dan kebebasan mereka," kata Lathiefah Widuri Retyaningtyas.

Rektor universiti Yudian Wahyudi berkata proses radikalisasi, termasuk pemakaian purdah menganggu proses pembelajaran dan tidak selaras dengan hasrat UIN mempromosi Islam moderat.

"Pelajar wanita yang memakai burqa, dan kumpulan-kumpulan radikal, mereka mengganggu proses pengajaran," kata Encik Wahyudhi.

Baru-baru ini, satu tinjauan menunjukkan hampir seperlima pelajar sekolah tinggi dan universiti menyokong penubuhan sistem pemerintahan khalifah berbanding sistem pemerintahan sekular.

Dapatan itu mencetuskan kegusaran pihak berkuasa tentang berkembangnya pengaruh radikal dan militan Islam.

Indonesia adalah negara paling ramai penganut Islam di dunia, tetapi sejak kebelakangan ini tergugat dengan kebangkitan puak radikal Islam yang mengancam kepelbagaian agama dan budaya negara yang mempunyai lebih 260 juta penduduk itu. 

Sumber : Reuters/FA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan