Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Universiti Al-Azhar buang pelajar wanita kerana peluk rakan lelaki

Universiti Al-Azhar di Mesir menyatakan pada Ahad (13 Jan) bahawa ia membuang seorang penuntut wanita daripada universiti itu selepas beliau dilihat dalam satu video memeluk seorang rakan lelakinya. Wanita itu didakwa menjejas reputasi universiti tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Universiti Al-Azhar buang pelajar wanita kerana peluk rakan lelaki

Universiti Al-Azhar di Kaherah. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jan 2019 09:34AM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 09:38AM

KAHERAH: Universiti Al-Azhar di Mesir menyatakan pada Ahad (13 Jan) bahawa ia membuang seorang penuntut wanita daripada universiti itu selepas beliau dilihat dalam satu video memeluk seorang rakan lelakinya. Wanita itu didakwa menjejas reputasi universiti tersebut.

Video itu yang menjadi tular pada awal bulan ini menunjukkan seorang lelaki memegang sejambak bunga dan melutut di hadapan wanita itu. Beliau kemudian memeluk wanita itu dan ia kelihatan sebagai satu lamaran perkahwinan. 

Video itu didapati tidak dirakam di Al-Azhar, sebaliknya di sebuah lagi institusi iaitu Universiti Mansoura di bahagian utara Mesir.

Sungguhpun demikian, majlis disiplin kampus Al-Azhar di Mansoura pada Sabtu (12 Jan) "memutuskan secara muktamad untuk membuang gadis itu daripada universiti," kata jurucakap universiti tersebut, Ahmed Zarie, kepada agensi berita AFP.

Encik Ahmed berkata video itu mencetuskan 'kemarahan awam' dan keputusan universiti untuk membuangnya disebabkan dia mencerminkan 'imej buruk' Universiti Al-Azhar, yang mengasingkan kaum lelaki dan wanita secara ketat.

Beliau berkata, perbuatan berpeluk antara lelaki dengan wanita yang belum berkahwin melanggar "nilai dan prinsip masyarakat".

Wanita itu bagaimanapun boleh membuat rayuan terhadap keputusan tersebut, kata Encik Ahmed.

Sementara itu, pemuda di dalam rakaman video tersebut juga boleh menghadapi sekatan, kata jurucakap Universiti Mansoura sambil menambah majlis displin universiti berkenaan akan bertemu hari ini (14 Jan) bagi memutuskan 'hukuman' ke atasnya.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan