Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

United Airlines larang wanita masuk pesawat gara-gara bawa sama "teman" burung merak

Percubaan seorang penumpang United Airlines untuk membawa bersama "tulang belakangnya" iaitu seekor burung merak, dalam penerbangan dari New Jersey ke Los Angeles gagal apabila syarikat penerbangan itu melarang burung berkenaan menaiki pesawat atas faktor "kesihatan dan keselamatan".

Anggaran Waktu Membaca:
United Airlines larang wanita masuk pesawat gara-gara bawa sama "teman" burung merak

(Gambar: The Jet Set/ Facebook)

Diterbitkan : 02 Feb 2018 04:33PM Dikemas Kini : 02 Feb 2018 04:41PM

NEW YORK: Percubaan seorang penumpang United Airlines untuk membawa bersama "tulang belakangnya" iaitu seekor burung merak, dalam penerbangan dari New Jersey ke Los Angeles gagal apabila syarikat penerbangan itu melarang burung berkenaan menaiki pesawat atas faktor "kesihatan dan keselamatan".

Ventiko, yang merupakan seorang jurugambar dan artis asal New York, sudah pun membeli tiket pesawat untuk burung meraknya, bernama Dexter, supaya ia mempunyai tempat duduk sendiri, menurut laporan BBC.

(Gamber: The Jet Set/ Facebook)

Namun, Dexter tetap dilarang menaiki pesawat tersebut atas "sebab-sebab kesihatan dan keselamatan". Jurucakap United Airlines Andrea Hiller berkata burung merak itu tidak memenuhi garis panduan yang ditetapkan termasuk had saiz dan berat badan. Bahkan Ventiko berulang kali dimaklumkan bahawa beliau tidak dibenarkan membawa sama burungnya ke dalam pesawat sebelum tiba di lapangan terbang.

Gambar-gambar dan video yang dikongsi dalam satu rancangan televisyen, The Jet Set, menunjukkan Dexter bertenggek di atas troli bagasi. Menurut hos rancangan tersebut, ini bukan pertama kali Ventiko cuba membawa sama burungnya menaiki pesawat. Beliau juga pernah tidak dibenarkan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

Menurut hos rancangan itu lagi, United Airlines sudah mengembalikan kos tiket penerbangan kepada Ventiko. Malah, syarikat penerbangan itu turut membayar tambang teksinya ke hotel.

Bagi Dexter pula, laman Instagramnya menunjukkan ia kini merentas Amerika dengan dipandu "teman-teman manusianya".  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan