Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UNHCR, Bangladesh tinjau kesediaan Rohingya pulang ke Myanmar, secara sukarela

Bangladesh akan bekerjasama dengan agensi pelarian PBB untuk menentukan sama ada lebih 3,000 pelarian Rohingya akan menerima tawaran Myanmar untuk pulang ke wilayah Rakhine.

Anggaran Waktu Membaca:
UNHCR, Bangladesh tinjau kesediaan Rohingya pulang ke Myanmar, secara sukarela
Diterbitkan : 20 Aug 2019 05:14PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 05:18PM

DHAKA: Bangladesh akan bekerjasama dengan agensi pelarian PBB untuk menentukan sama ada lebih 3,000 pelarian Rohingya akan menerima tawaran Myanmar untuk pulang ke wilayah Rakhine.

Myanmar sudah memilih lebih 3,400 orang dari senarai lebih 22,000 pelarian Rohingya yang diberikan oleh Bangladesh.

Majlis Keselamatan PBB dijangka membincangkan pelan terbaru penghantaran pulang pelarian Rohingya esok (21 Ogos).

Ia dilakukan atas permintaan beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

Jika rancangan penghantaran pulang itu menjadi kenyataan, ia akan diterajui agensi pelarian PBB, UNHCR.

Sekitar setahun lalu satu rancangan untuk menghantar pulang pelarian Rohingya dari Banglaesh ke wilayah Rakhine, gagal.

Para pelarian enggan dihantar pulang kerana takut atas keselamatan mereka.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh yakin kali ini dapat memujuk para pelarian untuk kembali ke Myanmar secara sukarela.

Sejak lebih dua tahun lalu lebih 730,000 pelarian Rohingya berlindung di Bangladesh setelah melarikan diri dari wilayah Rakhine bagi mengelakkan tindakan kekerasan tentera Myanmar. 

Sumber : Reuters/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan