Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Undang-undang diperlukan bagi 'lindungi lelaki' daripada jenayah seksual, kata ahli politik M'sia

Dewan Senat Malaysia menerima cadangan satu undang-undang baru bagi "melindungi lelaki" daripada jenayah seksual. 

Anggaran Waktu Membaca:
Undang-undang diperlukan bagi 'lindungi lelaki' daripada jenayah seksual, kata ahli politik M'sia

Ahli PKR, Encik Mohamad Imran usualkan undang-undang bagi 'lindungi' golongan lelaki. (Gambar: New Straits Times)

Diterbitkan : 01 Aug 2019 08:53AM Dikemas Kini : 01 Aug 2019 08:58AM

KUALA LUMPUR: Dewan Senat Malaysia menerima cadangan satu undang-undang baru bagi "melindungi lelaki" daripada jenayah seksual.

Menurut laporan agensi berita New Straits Times, saranan tersebut dibentangkan oleh ahli dewan negara dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Imran Abd Hamid, yang ditujukan kepada Menteri bagi Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Ehwal Islam, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Encik Imran membentangkan saranan bagi undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada cara wanita bercakap dan memakai pakaian, yang menurutnya boleh membuatkan kaum lelaki tergoda.

Ini menurut Mohamad Imran boleh membuatkan kaum lelaki melakukan jenayah antara lain seperti - perbuatan sumbang muhrim, merogol, memegang di bahagian yang tidak sepatutnya dipegang, dan pornografi.

Dengan menyatakan bahawa "ini sangat penting", Encik Imran berhujah bahawa kaum lelaki "juga memerlukan perlindungan" kerana cara wanita memakai pakaian boleh membuatkan mereka tergoda dan tidak mengikuti undang-undang negara kerana mereka kemudiannya akan dikenakan hukuman terhadap jenayah-jenayah yang disebutkannya itu.

"Saya berharap menteri dapat mempertimbangkan ini menjadi undang-undang baru yang dapat dikuatkuasakan, jadi kaum lelaki insya-Allah akan selamat, dan negara ini akan menjadi aman," katanya.

Timbalan Presiden Senat Abdul Halim Abd Samad berkata bahawa "ia merupakam satu pandangan yang baik" sambil menambah saranan itu adalah bagi pihak menteri untuk menjawabnya.  

Sumber : Today/Agensi Berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan