Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO, PAS dijangka jalin kerjasama jangka panjang

Dua parti pembangkang Malaysia, UMNO dan PAS, dijangka bergabung tenaga secara rasmi pada hujung minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2019 07:32PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 08:55PM

KUALA LUMPUR: Dua parti pembangkang Malaysia, UMNO dan PAS, dijangka bergabung tenaga secara rasmi pada hujung minggu ini.

Kedua-dua parti itu akan memeterai piagam dalam satu "Rapat Perpaduan" selama dua hari yang sekali gus membina sebuah perikatan jangka panjang.

Kerjasama antara PAS dengan UMNO bukanlah sesuatu perkara yang baharu.

PAS adalah salah satu anggota pengasas Barisan Nasional sehingga tahun 1977 apabila PAS dikeluarkan atas sebab politik.

Kedua-dua parti kemudian menjadi pesaing hebat dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan para anggota UMNO
sebagai "kafir" pada suatu masa dahulu.

Namun kini, kedua-dua parti ingin bekerjasama atas kepentingan perpaduan kaum Melayu/Islam di Malaysia.

Ketua Belia UMNO Asyraf Wajdi Dusuki berkata UMNO tidak memerlukan permohonan maaf setelah dipanggil "kafir" kerana masa sudah berubah dan kedua-dua parti perlu bekerjasama untuk menyatukan orang Melayu.

UMNO sedang melakarkan strategi selepas kekalahan besar dalam pilihan raya umum lalu.

Walaupun UMNO mengalami kekalahan dalam PRU14, undian daripada orang Melayu jika dicampur dengan PAS adalah 70 peratus.

Beberapa pengamat politik tidak terkejut dengan kerjasama ini meskipun PRU seterusnya hanya perlu dilakukan menjelang 2023.

Namun, ada juga pakar yang tidak optimistik dengan ahli politik pembangkang yang membangkitkan isu kaum dan agama lantas menegangkan lagi keadaan di Malaysia.


"Orang ramai akan tahu siapa untuk dipilih. PH mesti selalu fokus menjadi pakatan inklusif berbilang kaum yang moderat. Ia tidak boleh berpusatkan Semenanjung seperti PAS dan UMNO. Ia mesti memasukkan Sabah dan Sarawak. Ia tidak boleh berasaskan satu kaum," jelas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq.

UMNO dan PAS bagaimanapun tidak setuju dengan pandangan tersebut.

Kedua-dua parti menjanjikan sekitar 10,000 orang akan hadir di rapat itu nanti.  

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan