Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO nafi dakwaan tolak kerjasama dengan Bersatu, PN

Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO berkata pihaknya memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kelmarin

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO nafi dakwaan tolak kerjasama dengan Bersatu, PN

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 Feb 2021 07:33PM Dikemas Kini : 21 Feb 2021 07:53PM

KUALA LUMPUR: UMNO hari ini (21 Feb) menafikan dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO berkata pihaknya memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kelmarin.

Menurutnya, sebarang kenyataan mengenai keputusan MKT UMNO adalah tidak sahih, melainkan ia datang daripada kenyataan rasmi parti atau kepimpinannya.

“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,” menurut JKS Penerangan UMNO dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut merujuk kepada beberapa laporan media bahawa pemimpin UMNO memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PN pada PRU15.

Laporan media yang memetik sumber parti itu dikatakan susulan pertemuan kepimpinan UMNO di Janda Baik, Pahang, Jumaat lalu (19 Feb).

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan