Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO mempertimbangkan tarik diri dari Perikatan Nasional

UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberi syarat baharu kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO mempertimbangkan tarik diri dari Perikatan Nasional

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Oct 2020 08:52AM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 08:56AM

KUALA LUMPUR: UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberi syarat baharu kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan berkata perkara itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur pada Selasa malam (13 Okt)

Beliau berkata keputusan dan syarat baru itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Rabu.

"Semua pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Majlis Tertinggi (MT) termasuk mereka yang sedang menjalani kuarantin bersetuju dengan keputusan ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di lobi Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Mesyuarat dua sesi selama hampir lima jam itu dipengerusikan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri timbalannya Mohamad Hasan serta semua ketua sayap parti.

Encik Ahmad Maslan berkata mesyuarat juga mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar MN didaftarkan segera sebagai gabungan politik yang sah.

Jelasnya, UMNO berpandangan kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan.

Ditanya adakah UMNO akan menarik diri serta merta daripada PN sekiranya gabungan itu enggan bersetuju dengan syarat baru, Encik Ahmad Maslan berkata perbincangan lanjut akan dibuat berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat berdasarkan situasi politik negara selepas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan