Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO bantu PAS di Seri Setia

UMNO akan menurunkan jenteranya bagi membantu PAS sepanjang tempoh 21 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO bantu PAS di Seri Setia

UMNO bantu PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia. (Gambar: Ismail Sabri Yaakob/ Facebook)

Diterbitkan : 18 Aug 2018 02:06PM Dikemas Kini : 18 Aug 2018 02:12PM

PETALING JAYA: UMNO akan menurunkan jenteranya bagi membantu PAS sepanjang tempoh 21 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob berkata UMNO juga akan menyenaraikan penceramah berkaliber untuk membantu parti berkenaan.

“Sejak pengumuman calon PAS tempoh hari, kepemimpinan UMNO bahagian hadir memberi sokongan.

“Kita akan berbincang dengan PAS kerana mereka akan memimpin untuk kempen. Kita akan bincang dengan PAS mengenai apa yang diperlukan.

“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan menyediakan penceramah yang diperlukan. Malah, tiga pergerakan UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri akan menggerakkan jentera mereka pada PRK kali ini,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Selain Encik Ismail Sabri, Ketua Penerangan UMNO Shamsul Anuar Nasarah, dan Ketua Wanita UMNO Noraini Ahmad, turut berada bersama pemimpin PAS di pusat penamaan calon, lapor BH Online.

Mengulas lanjut, Encik Ismail Sabri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, UMNO akan terus berusaha membantu calon PAS menang dalam PRK Seri Setia.

“Hari ini saya menganggap kerjasama UMNO-PAS untuk PRK ini secara rasmi walaupun tiada perjanjian di atas kertas dan kehadiran UMNO jelas menunjukkan hubungan antara kedua-dua parti semakin baik.

“Berbanding PRK Sungai Kandis, hubungan dalam PRK kali ini dilihat lebih baik dan kita akan memastikan PAS menang dalam pertandingan ini,” katanya lagi kepada BH Online.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan