Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam tidak 'dianiaya', kata Majlis Agama Islam Perancis

 Umat Islam 'tidak dianiaya atau ditindas' di Perancis, menurut Majlis Agama Islam Perancis (CFCM) pada Isnin (26 Okt) selepas isu-isu berhubung radikalisme dan kebebasan bersuara menyaksikan sebilangan negara Islam menyelar Paris secara terbuka.

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam tidak 'dianiaya', kata Majlis Agama Islam Perancis

Gambar fail Menara Eiffel di Paris, Perancis. (Gambar hiasan: Ludovic MARIN/AFP)

Diterbitkan : 27 Oct 2020 09:24AM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 09:29AM

PARIS: Umat Islam 'tidak dianiaya atau ditindas' di Perancis, menurut Majlis Agama Islam Perancis (CFCM) pada Isnin (26 Okt) selepas isu-isu berhubung radikalisme dan kebebasan bersuara menyaksikan sebilangan negara Islam menyelar Paris secara terbuka.

"Perancis adalah sebuah negara yang hebat, orang Islam tidak dianiaya, mereka bebas membina masjid dan bebas mengerjakan ibadah," menurut majlis itu yang kini bertindak sebagai orang tengah antara pemerintah Perancis dengan umat Islam di negara itu.

Sebelum ini, Presiden Perancis Emmanuael Macron berikrar akan mengambil tindakan terhadap kumpulan-kumpulan radikal selepas seorang guru sejarah dipenggal pada 16 Oktober kerana menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada para muridnya.

Bagaimanapun, kenyataan pemimpin Perancis itu mengundang kritikan daripada negara-negara Islam merata dunia termasuk ada yang membakar gambar Encik Macron di Syria dan Pakistan selain membakar bendera Perancis di Tripoli, Libya.

Kempen memboikot barangan Perancis pula disaksikan di pasar raya Qatar dan Kuwait, selain tindakan serupa di Jordan, Turki dan beberapa negara Islam yang lain.

Ketua CFCM, Encik Mohammed Moussaoui menggesa umat Islam di Perancis supaya mempertahankan 'kepentingan negara' ekoran kritikan daripada sebilangan negara itu.

"Kami tahu mereka berkempen untuk menegakkan Islam dan orang Islam di Perancis tetapi kami meminta mereka supaya bersikap berhemah kerana tindakan seumpama itu tidak produktif dan hanya akan memecahbelahkan," katanya.

Beliau bagaimanapun menyokong kenyataan Encik Macron yang berikrar Perancis tidak akan membiarkan sesiapa saja menghina agama orang lain di negara itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan