Images
  • indonesia aidiladha
    Umat Islam di Surabaya, Indonesia dirikan solat sunat Aidiladha pada 31 Jul 2020 (Gambar: JUNI KRISWANTO/AFP)

Umat Islam Indonesia sambut Aidiladha berlatar protokol ketat COVID-19

JAKARTA: Di Indonesia, Hari Raya Haji tahun ini disambut dalam suasana yang berbeza menyusuli garis panduan yang dikeluarkan oleh Menteri Agama negara itu pada Khamis (30 Jul).

Umat Islam tempatan hanya dibenarkan menunaikan solat Aidiladha di masjid-masjid dan kawasan terbuka yang diluluskan, dengan garis panduan kesihatan yang ketat dikuatkuasakan.

Selain membawa sejadah sendiri, para jemaah juga dinasihati supaya mengekalkan jarak satu meter dan tidak bersalaman atau bersentuhan antara satu sama lain.

Para pegawai polis dan askar juga dikerahkan bagi memastikan agar protokol kesihatan seperti memakai pelitup dan menjaga jarak terus dipatuhi.

Protokol kesihatan itu turut dilaksanakan di Masjid Al Azhar di Jakarta, di mana lebih seribu orang mengerjakan solat Aidiladha pagi tadi.

Namun, jumlah jemaah tahun ini dilaporkan jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun lalu.

Pemerintah Indonesia membenarkan masjid-masjid di merata negara itu dibuka semula pada 29 Mei sedang sekatan pergerakan ditarik balik secara bertahap-tahap. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- Agensi berita/AI/tq

Top