Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam digesa rujuk kepada pakar apabila terima maklumat tidak sahih

Umat Islam dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang diperoleh melalui media sosial sebaliknya merujuk maklumat tersebut kepada pakar bidang berkaitan.

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam digesa rujuk kepada pakar apabila terima maklumat tidak sahih

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 10 Mar 2018 05:31PM Dikemas Kini : 10 Mar 2018 05:32PM

PASIR  PUTEH: Umat Islam dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang diperoleh melalui media sosial sebaliknya merujuk maklumat tersebut kepada pakar bidang berkaitan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya maklumat itu berkaitan dengan bidang perubatan dan farmasi ia perlu dirujuk  kepada pengamal perubatan dan begitu juga dalam bidang keagamaan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama.

“Mereka  yang paling layak mengeluarkan hukum (agama) pula ialah mufti di setiap negeri,” kata beliau.

Dr Asyraf Wajdi berkata maklumat yang tidak sahih dikhuatiri mendatangkan banyak implikasi antara lain berlaku perpecahan dalam keluarga dan masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Dr Kamarulzaman Saleh berkata pihaknya mendapati orang ramai berminat membeli ubat-ubatan  melalui online  tanpa mendapatkan maklumat lengkap.

“Sebilangan besar ubat-ubatan itu didapati tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan yang dikhuatiri boleh membawa kemudaratan kepada penggunanya,” kata beliau.

Beliau berkata pihaknya sedang melaksanakan pelbagai program bagi mendidik orang ramai  cara penggunaan ubat-ubatan yang betul dan tahap kesedaran mereka semakin meningkat. 

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan