Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam di AS bantah tindakan Trump

Semasa solat ini berlangsung Presiden Trump dikatakan berada di dalam kediaman rasminya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Dec 2017 04:22PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 04:55PM

WASHINGTON: Ratusan umat Islam menunaikan solat Jumaat di hadapan bangunan Rumah Putih membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Semasa solat ini berlangsung Presiden Trump dikatakan berada di dalam kediaman rasminya itu.

Kebanyakan yang hadir menyahut seruan pertubuhan-pertubuhan Islam Amerika, untuk membentangkan sejadah di kawasan taman di hadapan kediaman Presiden.

Kebanyakan penunjuk perasaan memakai selendang ‘keffiyeh’ bercorak bendera Palestin, sambil ada yang memegang sepanduk mengutuk tindakan Israel menduduki timur Baitulmakdis dan Tebing Barat.

“Trump tidak memiliki sebidang tanah di Baitulmakdis dan Palestin. Dia hanya memiliki Menara Trump. Dia boleh menyerahkannya kepada rakyat Israel,” kata Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Amerika Islam (CAIR) kepada AFP.

Pada Rabu lalu, Presiden Trump mengisytiharkan AS mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel dan sekali gus mengumumkan pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmakdis.

Dua warga Palestin maut dalam pertempuran dengan tentera Israel semalam di tebing Barat dan Carikan Gaza. Puluhan lagi cedera.

Sumber : AFP/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan