Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ular terbang dari Florida ke Hawaii

Mungkin hal ini jarang terjadi. Seekor ular menyelinap ke dalam beg seorang penumpang pesawat tanpa dikesan sehingga ia mendarat di Hawaii dari Florida, menurut para pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Ular terbang dari Florida ke Hawaii

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 29 Jun 2019 07:28PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 07:33PM

HONOLULU: Mungkin hal ini jarang terjadi. Seekor ular menyelinap ke dalam beg seorang penumpang pesawat tanpa dikesan sehingga ia mendarat di Hawaii dari Florida, menurut para pegawai.

Ular jenis 'southern black racer' itu hanya menyelinap keluar dari beg lelaki berkenaan apabila beliau tiba di Maui, menurut laporan KGMB-TV.

Ular itu berbahaya jika dilepaskan di Hawaii kerana menimbulkan ancaman kepada haiwan asli kepulauan itu. Sebabnya, ia tidak mempunyai 'pembunuh' semula jadi di Hawaii.

Lelaki berusia 20 tahun dari Virginia, Amerika Syarikat itu tidak sedar haiwan berkenaan berada di dalam begnya sehingga beliau tiba di sebuah penginapan pelancongan di daerah Pukalani, menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Mujur ular sepanjang 30 sentimeter dan 0.63 sentimeter lebar itu tidak berbisa, menurut para pegawai.

Pemilik hartanah itu memberitahu lelaki berkenaan bahawa ular dilarang dibawa masuk ke Hawaii sebelum memaklumkan polis, yang kemudian menangkap ular itu dengan bantuan para kakitangan Jabatan Tanah dan Sumber Asli.

Lelaki itu berkata beliau tidak berniat membawa ular itu dari Florida. Ular berkenaan biasanya ditemui di Florida dan boleh membesar sehingga sepanjang 1.8 meter.

Ular itu dijangka dipindahkan ke Oahu, menurut para pegawai.

Memiliki atau memindahkan haiwan terlarang merupakan satu kesalahan di Hawaii, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan didenda AS$200,000 (S$274,100).

Para pengunjung mungkin tidak memahami "ancaman ular terhadap masyarakat dan sekitaran kami yang unik," kata Phyllis Shimabukuro-Geiser, Pengerusi Lembaga Pertanian Hawaii.

"Mujur, pemilik hartanah itu menyedari ancaman ular yang dibawa masuk ke Hawaii, dan kemudian mengambil tindakan sejawarnya dengan melaporkan kepada pihak berkuasa," kata Cik Shimabukuro-Geiser. 

Sumber : AP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan