Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ular sawa 6 meter ini muntahkan semula bangkai kambing yang ditelannya

Seekor ular sawa berukuran hampir enam meter berjaya ditangkap di dalam kandang kambing dekat Kampung Muhibah, Peserai, Batu Pahat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ular sawa 6 meter ini muntahkan semula bangkai kambing yang ditelannya

Ular sawa ditemui cuba menelan kambing dewasa. (Gambar: Ubijaga - Batu Pahat/Facebook)

Diterbitkan : 17 Oct 2019 02:51PM Dikemas Kini : 17 Oct 2019 03:01PM

BATU PAHAT: Seekor ular sawa berukuran hampir enam meter berjaya ditangkap di dalam kandang kambing dekat Kampung Muhibah, Peserai, Batu Pahat.

Pegawai Bomba Kanan II, Ridwan Gembur memberitahu Astro AWANI bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung insiden ular sewa berkenaan yang cuba menelan seekor kambing pada kira-kira jam 9.00 pagi Rabu (16 Okt) dari pengusaha ternakan kambing terbabit.

Beliau berkata ketika sampai di tempat kejadian, ular berkenaan sedang cuba menelan seekor kambing dewasa.

"Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat dikerahkan ke lokasi.

"Pihak bomba terpaksa mengganggu ular tersebut supaya ia memuntahkan bangkai kambing kerana penjerut ular tidak muat untuk menjerut reptilia itu.

"Setelah selamat, ular tersebut ditangkap dengan menggunakan penjerut ular. Pihak bomba mengambil masa 20 hingga 25 minit untuk menunggu ular berkenaan memuntahkan dan menangkap semula ular tersebut," terang Encik Ridwan dalam satu kenyataan seperti dipetik oleh Astro AWANI.

Menurut beliau lagi, ular sawa tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan