Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ulang tahun pertama gerakan 'jaket kuning': Penunjuk perasaan, polis bertempur

Polis Perancis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan 'jaket kuning' yang melontar batu di Paris pada Sabtu (16 Nov), sempena ulang tahun pertama gerakan mencabar dasar dilaksanakan Presiden Emmanuel Macron.

Anggaran Waktu Membaca:
Ulang tahun pertama gerakan 'jaket kuning': Penunjuk perasaan, polis bertempur

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Nov 2019 09:10PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 09:13PM

PARIS : Polis Perancis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan 'jaket kuning' yang melontar batu di Paris pada Sabtu (16 Nov), sempena ulang tahun pertama gerakan mencabar dasar dilaksanakan Presiden Emmanuel Macron.

Pertempuran juga tercetus di beberapa bandar lain di Perancis apabila para aktivis berhimpun sebagai menunjukkan gerakan mereka masih berkuasa, setahun selepas bantahan besar-besaran pada 17 November 2018 yang melibatkan 282,000 peserta.

Tunjuk perasaan semalam yang digelar ‘Akta 53’ menandakan pertempuran serius pertama dalam tempoh beberapa bulan di Paris, antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menganggarkan jumlah peserta mencecah 28,600 di seluruh negara namun pihak penganjur mendakwa, ia disertai hampir 40,000 aktivis.

Ketegangan tertumpu di dataran istana Place d'Italie di tenggara Paris.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air apabila penunjuk perasaan bertindak melontar batu, membakar tong sampah dan kereta.

Sebuah pusat beli belah utama di kawasan itu juga ditutup selepas puluhan penunjuk perasaan membaling batu ke arah tingkap sebuah hotel berhampiran.

Menyusuli insiden tersebut, beberapa penunjuk perasaan dan wartawan bebas turut dilaporkan cedera.

Polis memberkas 147 orang di merata Paris menjelang pukul 8.00 malam (waktu tempatan), dengan 129 ditahan reman.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan