Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ulama Indonesia isytihar vaksin COVID-19 dari Sinovac halal

Vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Sinovac Biotech dianggap halal, umum Majelis Ulama Indonesia pada Jumaat (8 Jan), beberapa hari sebelum negara itu dijadual memulakan program pemvaksinan menggunakan vaksin buatan China itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ulama Indonesia isytihar vaksin COVID-19 dari Sinovac halal

Seorang pegawai Indonesia periksa penghantaran vaksin Sinovac (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jan 2021 10:58PM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 11:05PM

JAKARTA: Vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Sinovac Biotech dianggap halal, umum Majelis Ulama Indonesia pada Jumaat (8 Jan), beberapa hari sebelum negara itu dijadual memulakan program pemvaksinan menggunakan vaksin buatan China itu.

Indonesia, negara terbesar di dunia dengan penduduk majoriti Muslim, memiliki 3 juta dos CoronaVac dan bercadang menggunakannya apabila memulakan program pemvaksinan pada Rabu, dengan Presiden Joko Widodo menerima suntikan pertama.

Asrorun Niam Sholeh dari suruhanjaya fatwa majlis itu memberitahu sidang media bahawa CoronaVac keluaran Sinovac adalah "suci dan halal", walaupun kebenaran penggunaannya masih bergantung pada Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM).

"Ini boleh menjadi maklumat yang dapat menenangkan masyarakat, terutama umat Islam," kata Encik Niam.

Indonesia sedang menghadapi penularan COVID-19 terburuk di Asia Tenggara dan pihak berkuasa bergantung pada vaksin untuk membantu mengurangkan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda negara itu.

Pengawal selia, BPOM, menyatakan bahawa diharapkan kelulusan penggunaan kecemasan untuk CoronaVac, yang bergantung pada hasil ujian vaksin Indonesia, akan dikeluarkan sebelum Rabu.

CoronaVac mencatat keberkesanan 78 peratus dalam ujian peringkat akhir di Brazil tanpa kes COVID-19 yang teruk dilaporkan, kata para pengkaji pada Khamis.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan