Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UK Mengundi: Parti Konservatif PM Johnson bakal raih kemenangan besar

Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson bakal meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Britain, sekali gus mengukuhkan usaha beliau untuk melaksanakan Brexit pada 31 Januari depan.

Anggaran Waktu Membaca:
UK Mengundi: Parti Konservatif PM Johnson bakal raih kemenangan besar

Encik Boris Johnson (kiri) and Encik Jeremy Corbyn. (Gambar: AP Photo/Frank Augstein, Thanassis Stavrakis)

Diterbitkan : 13 Dec 2019 11:10AM Dikemas Kini : 13 Dec 2019 11:14AM

LONDON: Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson bakal meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Britain, sekali gus mengukuhkan usaha beliau untuk melaksanakan Brexit pada 31 Januari depan.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Parti Konservatif menang besar dengan 368 kerusi, lebih daripada mencukupi untuk memperoleh majoriti selesa dalam parlimen 650 kerusi, sekali gus menjadi kemenangan terbesar Konservatif sejak kejayaan Margaret Thatcher pada 1987.

“Saya harap anda akan bergembira malam ini. Jika ada rezeki, kita akan mula bekerja esok,” kata Encik Johnson menerusi emel kepada para penyokongnya.

Jika keputusan tersebut terbukti tepat seperti disasarkan dan pertaruhan Encik Johnson untuk pilihan raya lebih awal menjadi, beliau akan meneruskan pelaksanaan perjanjian Brexit yang dimeterai bersama Kesatuan Eropah (EU) bagi membolehkan United Kingdom berundur dari blok berkenaan pada 31 Januari, 10 bulan lebih lewat dari perancangan awal.

Mata wang pound melonjak lebih 2 peratus berbanding dolar dan euro semalam (12 Dis). Menjelang pukul 10.25 malam (waktu tempatan), nilai pound melambung sehingga 2.5 peratus kepada AS$1.3510 GBP=D3, keuntungan terbesar sejak Januari 2017.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan