Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UK guna kanak-kanak sebagai perisik

Kanak-kanak di bawah 16 tahun itu digunakan dalam misi rahsia terhadap pengganas, kumpulan samseng dan pengedar dadah

Anggaran Waktu Membaca:
UK guna kanak-kanak sebagai perisik

(Gambar hiasan)

Diterbitkan : 21 Jul 2018 10:23PM Dikemas Kini : 21 Jul 2018 10:27PM

LONDON: Kanak-kanak digunakan sebagai perisik oleh polis Britain dan beberapa agensi risikan negara itu, menurut laporan media Britain.

Mereka digunakan dalam misi rahsia terhadap pengganas, kumpulan samseng dan pengedar dadah.

Sebilangan kanak-kanak yang terbabit berusia di bawah 16 tahun.

Laporan itu timbul selepas jawatankuasa pemantau Dewan Tinggi (House of Lords) Parlimen Britain menimbulkan keprihatinan tentang penggunaan "sumber risikan manusia remaja". Ini selepas kerajaan mengusulkan untuk meningkatkan tempoh masa individu bawah 18 tahun boleh berkhidmat dalam operasi dari sebulan ketika ini kepada empat.

Amalan itu mencetuskan kritikan dengan mantan menteri Brexit, David Davids menyifatkan penggunaan remaja sebagai perisik "tidak bermoral", manakala setiausaha hal ehwal dalam negeri sementara, Diane Abbott menggesa ia dihentikan serta-merta, lapor The Guardian.

Downing Street, ketika mempertahankan amalan berkenaan berkata remaja "amat jarang" digunakan sebagai sumber risikan manusia dan hanya digunakan apabila perlu sahaja.

Amalan menggunakan remaja bawah 18 tahun membantu membendung masalah seperti keganasan kumpulan samseng dan pengedaran dadah.

Sekarang ini, remaja bawah 18 tahun di UK boleh digunakan dalam satu-satu operasi sehingga sebulan sebelum pelibatan mereka diperbaharui. Dalam satu kenyataan, kerajaan UK menyatakan bahawa lanjutan tempoh kepada empat bulan akan mengurangkan tekanan bagi mendapatkan hasil dengan pantas. 

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan