Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UK beri amaran bacaan oximeter mungkin kurang tepat bagi berkulit gelap

Perkhidmatan Kesihatan Britain (NSH) pada Sabtu(31 Jul) memberi amaran kemungkinan peranti yang digunakan bagi memantau tahap oksigen dalam darah pesakit COVID-19 di rumah,  mungkin memberikan bacaan kurang tepat bagi mereka yang berkulit lebih gelap.

Anggaran Waktu Membaca:
UK beri amaran bacaan oximeter mungkin kurang tepat bagi berkulit gelap
Diterbitkan : 01 Aug 2021 03:00PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 03:03PM

LONDON: Perkhidmatan Kesihatan Britain (NSH) pada Sabtu (31 Jul) memberi amaran kemungkinan peranti yang digunakan bagi memantau tahap oksigen dalam darah pesakit COVID-19 di rumah, mungkin memberikan bacaan kurang tepat bagi mereka yang berkulit lebih gelap.

Amaran yang dikeluarkan itu melibatkan alat 'pulse oximeter' yang sekarang ini digunakan ramai orang yang berisiko mengalami gejala COVID-19 lebih teruk untuk memeriksa tahap oksigen dalam darah mereka.

Bacaan di bawah tahap tertentu bermakna mereka perlu dimasukkan ke hospital.

Yayasan Temasek mengagihkan alat oksimeter percuma kepada semua keluarga di Singapura di bawah inisiatif "Kekal Bersedia" untuk "membantu setiap orang kekal selamat terutama dengan kemunculan varian COVID-19 yang baru dan mudah berjangkit".

NHS dalam kenyataannya menyatakan "ada laporan bahawa 'pulse oximeter' memberikan bacaan kurang tepat bagi individu berkulit lebih gelap kerana mungkin menunjukkan tahap oksigen dalam darah yang lebih tinggi".

Alat itu berfungsi apabila dipasang pada jari dan memancarkan cahaya menerusi kulit seseorang untuk mengukur tahap oksigen dalam darah.

Panduan yang dikemas kini untuk penghidap COVID-19 dimuatnaik di laman web utama NHS dengan memberi amaran: "Terdapat beberapa laporan bahawa bacaan mungkin kurang tepat jika anda mempunyai kulit sawo matang atau gelap.

“Ia mungkin menunjukkan bacaan lebih tinggi berbanding tahap oksigen dalam darah anda.”

Kenyataan itu menambah apa yang penting adalah pemeriksaan berkala perlu dibuat untuk melihat jika paras oksigen turun.

Menurut Pengarah NHS Race and Health Observatory, Dr Habib Naqvi masalah itu menjejas masyarakat Asia yang pelbagai dan berkulit gelap.

Masyarakat minoriti negara itu khususnya penduduk kulit gelap asal Afrika dan Bangladesh mencatat kadar koronovirus paling tinggi di Britain.

"Kita perlu memastikan ada pengetahuan umum mengenai potensi batasan dalam peralatan dan peranti penjagaan kesihatan, terutama bagi penduduk yang berisiko tinggi menghidap penyakit yang mengubah hidup.
"Ini termasuk masyarakat kulit hitam, Asia dan pelbagai yang menggunakan 'pulse oximeter' untuk memantau tahap oksigen mereka di rumah," katanya. 

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan