Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ubah pandangan sekolah tahfiz untuk kanak-kanak masalah disiplin, gagal dalam akademik

Tanggapan bahawa sekolah tahfiz merupakan tempat belajar bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah disiplin dan gagal dalam bidang akademik perlu diubah.

Anggaran Waktu Membaca:
Ubah pandangan sekolah tahfiz untuk kanak-kanak masalah disiplin, gagal dalam akademik

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berucap di program dialog bersama penduduk Parlimen Titiwangsa semalam (10 Feb). (Gambar: Johari Abdul Ghani/Facebook)

Diterbitkan : 11 Feb 2018 10:02AM Dikemas Kini : 11 Feb 2018 10:06AM

KUALA LUMPUR: Tanggapan bahawa sekolah tahfiz merupakan tempat belajar bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah disiplin dan gagal dalam bidang akademik perlu diubah.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata bahawa pandangan pihak tertentu itu bertentangan dengan tujuan utama sekolah tahfiz ditubuhkan iaitu untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dalam agama.

Datuk Seri Johari berkata bahawa keyakinan yang rendah terhadap pengajian tahfiz dan kepercayaan bahawa para pelajarnya tidak boleh berjaya adalah tidak benar kerana sekolah tahfiz sudahpun menghasilkan ramai pelajar yang berjaya dan dapat menyumbang dalam pengetahuan agama kepada masyarakat.

“Mentaliti ini perlu diubah sekiranya kita mahu mengekalkan kualiti institusi keagamaan kita seperti sekolah tahfiz,” katanya ketika berucap pada program dialog bersama penduduk Parlimen Titiwangsa semalam (10 Feb).

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa itu turut dihadiri wakil surau, masjid, madrasah dan sekolah tahfiz dalam Parlimen berkenaan.   

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan