Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UAE sangkal laporan dakwa Yaman serang lapangan terbang Dubai

Amiriah Arab Bersatu (UAE) menolak laporan-laporan pada Isnin (27 Ogos) yang mendakwa bahawa Houthi di Yaman yang berpihak kepada Iran, menyerang lapangan terbang Dubai dengan menggunakan dron.

Anggaran Waktu Membaca:
UAE sangkal laporan dakwa Yaman serang lapangan terbang Dubai

Gambar fail Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 12:16AM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 12:22AM

DUBAI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) menolak laporan-laporan pada Isnin (27 Ogos) yang mendakwa bahawa Houthi di Yaman yang berpihak kepada Iran, menyerang lapangan terbang Dubai dengan menggunakan dron.

UAE menegaskan bahawa operasi lapangan terbang itu tidak terjejas.

Penguasa Penerbangan Awam UAE "menyangkal dakwaan media Houthi mengenai Lapangan Terbang Dubai dan ia mengesahkan bahawa laluan udara UAE beroperasi seperti biasa". Demikian menurut kenyataan pihak berkuasa itu seperti dipetik agensi berita WAM.

Awal dari itu, media Houthi mendakwa dron Sammad-3 menyasarkan serangan terhadap lapangan terbang tersebut, namun tidak pula memberikan sebarang bukti mengenai serangan berkenaan. Malah tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan