UAE kesal disenarai hitam EU sebagai tempat perlindungan cukai
Amiriah Arab Bersatu (UAE) membidas keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk meletakkannya dalam senarai hitam tempat perlindungan cukai meskipun negara itu sudah berusaha untuk memenuhi syarat-syarat EU.
ABU DHABI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) membidas keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk meletakkannya dalam senarai hitam tempat perlindungan cukai meskipun negara itu sudah berusaha untuk memenuhi syarat-syarat EU.
EU pada Selasa (12 Mac) menambah 10 negara ke dalam senarai itu, yang diperkenalkan pada 2017 sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani tindakan mengelak membayar cukai oleh golongan mewah.
UAE antara negara-negara baru yang disertakan.
"Keputusan menyertakan UAE dalam senarai itu dibuat meskipun UAE bekerjasama rapat dengan EU berhubung isu itu dan terdapat usaha berterusan untuk memenuhi syarat-syarat EU," menurut seorang pegawai kanan yang ditukil oleh agensi berita negara WAM lewat Selasa.
"UAE kekal komited terhadap dasar jangka lamanya untuk memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi berkenaan pembayaran cukai," menurutnya.
UAE "akan terus mengemas kini rangka kerja perundangan domestiknya dalam hal ini," menurutnya lagi.
EU menyertakan UAE iaitu ekonomi Arab kedua terbesar serta paling pelbagai dan terbuka dalam senarai awal pada 2017, namun menarik balik langkah itu setelah para pegawai UAE memberi jaminan kepada rakan sejawatan mereka dari Eropah bahawa mereka akan memenuhi syarat-syarat EU.
Keputusan untuk meletakkannya dalam senarai hitam yang dikemas kini itu dibuat meskipun dibantah oleh anggota EU, Itali, sebuah destinasi utama bagi pelaburan UAE.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.