Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Twitter tutup beribu akaun palsu seluruh dunia

Twitter pada Jumaat (20 Sep) menutup beribu-ribu akaun di seluruh dunia yang menyebarkan berita tidak tepat termasuk beberapa mesej yang mengagung-agungkan sokongan kepada Arab Saudi sebagai sebahagian daripada perang propaganda serantau.

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter tutup beribu akaun palsu seluruh dunia

Ikon aplikasi media sosial (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 08:34AM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 08:37AM

WASHINGTON: Twitter pada Jumaat (20 Sep) menutup beribu-ribu akaun di seluruh dunia yang menyebarkan berita tidak tepat termasuk beberapa mesej yang mengagung-agungkan sokongan kepada Arab Saudi sebagai sebahagian daripada perang propaganda serantau.

Menurut Twitter, langkah itu menjejas akaun-akaun pro-Saudi dari Mesir dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang disasarkan kepada Qatar serta Yaman. Begitu juga akaun dari China yang cuba menabur kebencian terhadap para penunjuk perasaan di Hong Kong dan memporak-perandakan keadaan di sana.

Akaun-akaun berita palsu tambahan di Sepanyol dan Ecuador turut digantung, menurut pasukan keselamatan Twitter.

Langkah itu adalah yang terbaru dalam siri tindakan oleh gergasi media sosial seperti Facebook dan Twitter yang membanteras manipulasi, seringkali oleh entiti-entiti dikawal negara yang menyembunyikan identiti mereka.

Twitter mengenal pasti 4,302 akaun berpangkalan di China yang "cuba menabur sentimen perpecahan menerusi tunjuk perasaan di Hong Kong".

Ini berikutan penemuan lebih 200,000 akaun palsu di China Ogos lalu yang terbabit dalam sentimen perpecahan awam di Hong Kong.

Pengumuman itu dibuat menyusuli tindakan Facebook bulan lalu untuk menutup akaun-akaun palsu yang berpangkalan di Mesir, Arab Saudi dan UAE kerana memuat naik maklumat palsu mengenai kawasan bergolak di Timur Tengah dan yang lain terlibat dalam "tingkah laku palsu yang diselaraskan", tertumpu kepada Hong Kong.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan