Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Twitter sahkan laman web peribadi PM India Narendra Modi digodam

Twitter mengesahkan akaun yang dihubungkan dengan laman web peribadi dan aplikasi mudah alih Perdana Menteri India Narendra Modi telah digodam. Syarikat rangkaian sosial itu berikrar untuk menyiasat perkara itu, lapor agensi berita Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter sahkan laman web peribadi PM India Narendra Modi digodam

Perdana Menteri India Narendra Modi mengutuk keras serangan bom terkini yang disyaki didalangi pemberontak Mao, membunuh 16 komando elit pada 1 Mei. (Gambar fail: Adnan Abidi/Reuters)

Diterbitkan : 03 Sep 2020 03:56PM Dikemas Kini : 03 Sep 2020 03:58PM

NEW DELHI: Twitter mengesahkan akaun yang dihubungkan dengan laman web peribadi dan aplikasi mudah alih Perdana Menteri India Narendra Modi telah digodam. Syarikat rangkaian sosial itu berikrar untuk menyiasat perkara itu, lapor agensi berita Sputnik.

Penggodam meminta 2.5 juta pengikut akaun @narendramodi_in menyumbang mata wang kripto kepada Tabung Bantuan Negara yang diwujudkan oleh perdana menteri.

"Kami maklum mengenai perkara itu dan sudah mengambil langkah untuk mengatasi masalah berkenaan. Siasatan sedang dijalankan. Buat masa ini, kami tidak pasti sama ada terdapat akaun lain yang turut digodam," kata seorang jurucakap Twitter dalam satu kenyataan. 

Setakat ini, masalah pada akaun itu sudah dapat diatasi.

Bagaimanapun, masalah itu tidak menjejaskan akaun Twitter Modi yang mempunyai lebih 61 juta pengikut. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan