Twitter gantung 2 akaun berkaitan pengintip Rusia
Twitter mengesahkan penggantungan DC-Leaks dan Guccifer-2 yakni dua akaun Twitter yang dinamakan dalam dakwaan tersebut.
AMERIKA SYARIKAT: Twitter menggantung dua akaun berkaitan dengan pengintip-pengintip Rusia setelah 12 pengintip negara itu didakwa oleh Pendakwa Raya Khas Amerika, kerana campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika tahun 2016.
Twitter mengesahkan penggantungan DC-Leaks dan Guccifer-2 yakni dua akaun Twitter yang dinamakan dalam dakwaan tersebut.
Semalam, Jabatan Keadilan Amerika mendakwa pengintip-pengintip Rusia menggodam rangkaian komputer kempen Clinton dan Parti Demokratik sebelum Pilihan Raya Presiden 2016.
Menurut dakwaan itu, kedua-dua akaun Twitter berkenaan digunakan sebagai persona palsu dengan tujuan untuk membocorkan puluhan ribu emel dan dokumen yang dicuri.
Twitter sedang dalam proses membersihkan akaun-akaun pengguna yang privet dan mencurigakan dalam usaha membendung penyebaran berita palsu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.