Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tutup helah: Para pegawai M'sia dedah bagaimana siasatan 1MDB dihalang

Sebarang penindasan siasatan tersebut terhenti di Malaysia pada bulan Mei apabila Encik Najib tewas dalam pilihan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Tutup helah: Para pegawai M'sia dedah bagaimana siasatan 1MDB dihalang

(Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 05 Jul 2018 02:18PM Dikemas Kini : 05 Jul 2018 02:24PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menghabiskan bertahun-tahun menyekat pemeriksaan ke atas penyelewengan dana 1MDB, sambil para pengkritik 'disenyapkan'. Demikian menurut para pegawai baru dan bekas pegawai kerajaan.

Menurut mereka, cubaan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Pesuruhjaya antirasuah Malaysia (MACC), terpaksa dihentikan meskipun lima negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura, masing-masing menjalankan siasatan sendiri.

Sebarang penindasan siasatan tersebut terhenti di Malaysia pada bulan Mei apabila Encik Najib tewas dalam pilihan raya.

Pada hari Selasa (3 Jul), Encik Najib diberkas oleh pihak berkuasa Malaysia berkaitan dengan siasatan ke atas SRC International, bekas unit 1MDB, menurut sebuah pasukan petugas yang menjalankan siasatan. Menurut sumber-sumber rapat dengan perkara itu, dia mungkin menghadapi beberapa tuduhan.

Encik Najib, yang kehilangan kuasa pada pilihan raya bulan lalu, secara konsisten menafikan sebarang salah laku berhubung dengan 1MDB dan SRC. Seorang pembantu beliau enggan mengulas mengenai dakwaan ada campur tangan dan cubaan menutup helah.

Wawancara yang dijalankan oleh Reuters dengan seramai 12 pegawai baru dan bekas pegawai kerajaan menunjukkan bahawa halangan menjalankan siasatan berlaku di beberapa peringkat. Seorang penyiasat kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata beliau yakin ada gangguan dengan saksi utama.

Pegawai itu yang enggan identitinya didedahkan kerana beliau masih terlibat dalam siasatan 1MDB, berkata beliau berpendapat bahawa sebelum SPRM sempat bercakap dengan para saksi, mereka diberitahu apa yang harus dikatakan atau terlalu takut untuk bercakap kerana mereka diancam.

Para saksi lain turut tidak dapat dikesan. Pejabat Najib juga menjalankan kawalan ketat terhadap sebarang komen umum berhubung 1MDB.

SPRM sepatutnya menjadi agensi kerajaan bebas yang berfungsi tanpa dipengaruhi kerajaan, bagaimanapun tiga pegawai komunikasi SPRM memberitahu Reuters bahawa kebanyakan kenyataan media mengenai siasatan 1MDB yang dikeluarkan oleh SPRM dikarang oleh pejabat perdana menteri.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan