Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki mula serang pasukan bersenjata Kurdi di Syria

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar hari ini (10 Okt) bagi membincangkan serangan tentera Turki ke atas anggota-anggota kaum Kurdi di wilayah timur laut Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2019 07:37PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 10:37PM

SYRIA: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar hari ini (10 Okt) bagi membincangkan serangan tentera Turki ke atas anggota-anggota kaum Kurdi di wilayah timur laut Syria.

Presiden Turki, Recep Tayyep Erdogan, berkata 109 militan Kurdi terbunuh.

Tentera Turki melancarkan serangan ke atas wilayah kaum Kurdi di Syria pada Rabu malam (9 Okt) dan ia diteruskan hari ini (10 Okt).

"Operasi Peace Spring" itu melibatkan serangan udara, bedilan meriam dan gerakan tentera darat.

Menurut tentera Turki, ia menyerang lebih 180 sasaran. Ofensif itu dilancarkan setelah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengundurkan askar-askar Amerika dari kawasan tersebut.

Sesetengah pihak menganggap tindakan Presiden Trump itu sebagai memberi lampu hijau kepada Turki untuk melancarkan serangan ke atas pasukan bersenjata Kurdi, yang merupakan sekutu Amerika, dalam mengalahkan kumpulan pengganas ISIS.

Di pihaknya, Ankara menganggap pasukan bersenjata Kurdi Syria sebagai pengganas kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah Kurdi di Turki.

Pemerintah Turki menegaskan ia tidak akan membiarkan terbentuknya koridor pengganas di kawasan sempadannya. Ia juga mahu mewujudkan "zon selamat" untuk dua juta pelarian rakyat Syria pulang ke tanah air mereka.

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan