Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki gesa ekstradisi 18 rakyat Saudi berhubung kes Khashoggi

Pihak pendakwa raya Turki sudah mengeluarkan permohonan ekstradisi bagi 18 suspek rakyat Arab Saudi berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Turki gesa ekstradisi 18 rakyat Saudi berhubung kes Khashoggi

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 Oct 2018 02:26PM Dikemas Kini : 27 Oct 2018 02:31PM

ISTANBUL: Pihak pendakwa raya Turki sudah mengeluarkan permohonan ekstradisi bagi 18 suspek rakyat Arab Saudi berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Demikian menurut pihak berkuasa pada Jumaat (26 Okt), selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menggesa Riyadh supaya mendedahkan pihak yang mengarahkan pembunuhan itu.

Presiden Erdogan berkata Turki mempunyai lebih banyak maklumat berbanding apa yang sudah dikongsinya sebelum ini berhubung kematian Encik Khashoggi, seorang rakyat Arab Saudi dan wartawan penulis ruang Washington Post yang dibunuh di konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Encik Khashoggi, yang menetap di Amerika Syarikat, adalah pengkritik lantang Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Pihak pendakwa raya Arab Saudi pada Khamis (25 Okt) berkata bahawa pembunuhan Encik Khashoggi sudah dirancang, berbeza daripada kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebelum ini, yang menyatakan bahawa Encik Khashoggi secara tidak sengaja dibunuh semasa satu pergelutan di konsulat berkenaan.

Riyadh sebelum ini memberkas seramai 18 suspek sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kes tersebut.

Mereka yang diberkas termasuk pasukan keselamatan yang terdiri daripada 15 anggota, yang menurut Turki melakukan perjalanan ke Turki beberapa jam sebelum pembunuhan itu berlaku. Mereka juga dikatakan melakukan pembunuhan tersebut.

Pada awalnya, para pegawai Saudi menafikan pelibatan dalam kehilangan Encik Khashoggi setelah beliau memasuki konsulat itu untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinannya.

"Permohonan ekstradisi itu dibuat kerana Jamal Khashoggi dibunuh di Turki oleh rakyat Saudi yang melakukan perjalanan ke Turki atas sebab tertentu ini," kata seorang pegawai kanan Turki.

"Adalah jelas bahawa sistem kehakiman Turki lebih berupaya menegakkan keadilan bagi kes ini."

Arab Saudi juga sudah memecat lima pegawai kanannya sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kes tersebut. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan