Images
  • covid19 vaccine
    (Gambar: Dado Ruvic/REUTERS)

Turki beli 50 juta dos vaksin Sinovac

ISTANBUL: Turki menandatangani kontrak untuk membeli 50 juta dos vaksin COVID-19 dari Sinovac Biotech China, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca pada Rabu (25 Nov).

"Kami telah menandatangani kontrak untuk 50 juta dos vaksin yang akan dihantar pada Disember, Januari dan Februari," kata Encik Koca semasa satu sidang media.

Menurut hasil ujian awal, vaksin COVID-19 tahap eksperimen Sinovac, CoronaVac, mencetuskan tindak balas imun yang pantas tetapi tahap antibodi yang dihasilkan lebih rendah berbanding dengan orang yang sudah pulih daripada jangkitan virus itu.

CoronaVac dan empat vaksin eksperimen lain yang dikembangkan di China kini sedang menjalani peringkat ujian terakhir untuk mengesahkan keberkesanannya.

Bercakap di Ankara selepas mesyuarat majlis sains virus korona, Encik Koca mengatakan Turki juga sedang berbincang dengan pembangun vaksin yang lain.

"Yang penting di sini adalah kita mula menggunakan vaksin yang diketahui berkesan dan boleh dipercayai ... Saya menjangkakan kalendar vaksinasi akan bermula pada 11 Disember," kata Encik Koca.

- Reuters/ANTARA/TQ/tq

Top