Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki, AS setuju gencatan senjata Syria bagi pengunduran tentera Kurdi

Turki bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dan menghentikan pencerobohannya di Syria untuk lima hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Turki, AS setuju gencatan senjata Syria bagi pengunduran tentera Kurdi

Turki bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 08:59AM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 09:07AM

ANKARA: Turki bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dan menghentikan pencerobohannya di Syria untuk lima hari.

Tempoh gencatan senjata itu akan memberi peluang bagi pasukan militan Kurdi untuk berundur dari zon peperangan sekarang.

Gencatan senjata itu diumumkan oleh Naib Presiden Amerika Mike Pence setelah rundingan diadakan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengalu-alukan langkah tersebut sambil berkata ia akan menyelamatkan "jutaan nyawa".

Perjanjian itu adalah sumbangan besar kepada hubungan antara rakan sekutu NATO Turki dengan Amerika Syarikat, yang menjadi tegang sejak beberapa bulan ini.

Jika gencatan senjata itu dapat diteruskan, pentadbiran Encik Trump berikrar akan menarik balik sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas Turki. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan