Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki ancam rampas kilang melainkan ia jual pelitup kepada pemerintah

Pihak berkuasa Turki akan merampas kilang firma-firma yang mengeluarkan pelitup kecuali  mereka bersetuju untuk menjual produk itu kepada pemerintah selewat-lewatnya pada Isnin malam (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Turki ancam rampas kilang melainkan ia jual pelitup kepada pemerintah

Menteri Ehwal Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu. (Gambar fail: Ahmet Bolat/Pool menerusi REUTERS)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 10:11PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 10:12PM

ANKARA: Pihak berkuasa Turki akan merampas kilang firma-firma yang mengeluarkan pelitup kecuali mereka bersetuju untuk menjual produk itu kepada pemerintah selewat-lewatnya pada Isnin malam (23 Mac). Menteri Ehwal Dalam Negeri Suleyman Soylu dinukil sebagai berkata demikian sedang Ankara berusaha untuk membendung penularan virus korona COVID-19 tempatan.

Angka korban akibat virus itu di Turki naik sebanyak sembilan kepada 30 pada Ahad, dengan 1,256 kes disahkan positif COVID-19 selepas mencatat kenaikan mendadak sepanjang dua minggu lalu.

Pihak berkuasa menjalankan serbuan serentak di depot kesemua pengeluar pelitup muka di Turki pada awal Ahad untuk mendesak mereka supaya menandatangan kontrak bersama Kementerian Kesihatan selain berhenti menyimpan bekalan dengan banyak, kata Encik Soylu seperti dinukil oleh akhbar Hurriyet.

Turki sudahpun melaksanakan pelbagai langkah untuk mencegah pandemik COVID-19 sejak penularannya di negara itu dua minggu lalu. Ini termasuk mengehadkan penggunaan ruang awam, mengenakan sekatan perjalanan dan mengumumkan pakej sokongan ekonomi bernilai AS$15 bilion (S$21 bilion) bagi membantu ekonominya yang terjejas dek virus itu.

Turki menyatakan ia sudahpun menjalankan 20,345 ujian saringan virus korona. Ia mengeksport beberapa bekalan perubatan ke negara-negara lain tetapi menyatakan bahawa keutamaannya sekarang adalah ke atas keperluan setempat setelah berlaku penularan tempatan. Minggu lalu, Ankara melaksanakan langkah untuk mengawal penjualan pelitup dengan mengarahkan preskripsi doktor bagi sesetengah pelitup.

Dengan lonjakan pada jumlah kes COVID-19 di Turki, ribuan orang juga sudah dikuarantin di seluruh negara. Pada Isnin, Encik Soylu berkata 10,750 orang sedang dikuarantin sambil menambah mereka yang tidak mematuhi peraturan boleh dikenakan denda. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan