Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki akan mula guna vaksin Sinovac dari China

 Turki akan menerima penghantaran pertama vaksin Sinovac dari China dalam beberapa hari lagi sedang ujian tempatan peringkat awal menunjukkan keberkesanan 91 peratus kata Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca pada Khamis (24 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Turki akan mula guna vaksin Sinovac dari China

2 orang kelihatan berjalan di Istanbul, Turki dengan memakai pelitup muka pada 1 Apr 2020 (Gambar: Ozan KOSE/AFP)

Diterbitkan : 25 Dec 2020 12:42PM Dikemas Kini : 25 Dec 2020 12:45PM

ISTANBUL: Turki akan menerima penghantaran pertama vaksin Sinovac dari China dalam beberapa hari lagi sedang ujian tempatan peringkat awal menunjukkan keberkesanan 91 peratus kata Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca pada Khamis (24 Dis).

Dalam beberapa hari lagi, Ankara juga akan menandatangani perjanjian dengan Pfizer/BioNTech untuk bekalan 4.5 juta dos, dengan pilihan untuk membeli 30 juta lagi dari syarikat gergasi farmasi Amerika Syarikat (AS) dan rakannya dari Jerman itu, menurut Encik Koca,

Turki akan menerima tiga juta dos Sinovac dan mempunyai pilihan untuk lebih 50 juta lagi sedang negara itu memulakan pemvaksinan bulan depan, bermula dengan pekerja jagaan kesihatan dan golongan paling berisiko.

Encik Koca berkata penghantaran pertama vaksin China akan dihantar ke Turki pada Ahad.

Turki "akan dapat memberi vaksin kepada 1.5 juta atau mungkin dua juta orang sehari," katanya sambil menambah bahawa "tahap pertama" vaksinasi akan meliputi sembilan juta orang.

Turki, dengan penduduk seramai 83 juta orang itu mencatat 19,115 kematian dan 2.2 juta jangkitan COVID-19.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan