Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tuntutan palsu RM500,000: Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu direman

Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu bergelar ‘Datuk’ direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000 (S$165,000) tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tuntutan palsu RM500,000: Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu direman
Diterbitkan : 21 Jan 2019 01:45PM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 01:47PM

KUALA TERENGGANU: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu bergelar ‘Datuk’ direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000 (S$165,000) tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif, bermula hari ini (21 Jan).

Tuntutan tersebut dikatakan dikemukakan menerusi Pejabat Daerah dan Tanah di sebuah daerah di negeri itu untuk perbelanjaan 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan DUN yang diwakilinya sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan.

Beliau disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana membuat tuntutan palsu sekitar Mei tahun lalu.

Sekiranya sabit kesalahan dia boleh dipenjara hingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000 (S$3,300) mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Penahanan ADUN berusia 54 tahun itu dibuat rentetan penahanan seorang pengerusi persatuan belia pada 9 Jan dan seorang pegawai daerah pada 14 Jan. Kedua-duanya ditahan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan.

Kedua-dua suspek tersebut turut direman namun dibebaskan setelah selesai soal siasat iaitu masing-masing dijamin RM10,000 (S$3,300) dengan deposit dan RM10,000 (S$3,300) tanpa deposit.

ADUN tersebut ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes terbabit di Pejabat SPRM Terengganu kira-kira 5.00 petang semalam (20 Jan).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan