Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tuntutan Korea Utara bersifat "bermusuhan, negatif," kata Stephen Biegun

Wakil khas Amerika bagi Korea Utara, Stephen Biegun, menyeru Pyongyang agar kembali ke meja rundingan perlucutan nuklear.

Anggaran Waktu Membaca:
Tuntutan Korea Utara bersifat "bermusuhan, negatif," kata Stephen Biegun

Orang memegang bendera-bendera Amerika dan Korea Utara di Hanoi, Vietnam, semasa sidang puncak kedua AS-Korea Utara pada 28 Feb 2019. (Gambar: Kham/REUTERS)

Diterbitkan : 16 Dec 2019 07:35PM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 07:39PM

SEOUL: Wakil khas Amerika bagi Korea Utara, Stephen Biegun, menyeru Pyongyang agar kembali ke meja rundingan perlucutan nuklear.

Washington, tambah beliau, sedia membincangkan semua isu yang mempunyai kepentingan.

Encik Biegun turut mengecam tuntutan Pyongyang agar Amerika menawarkan tolak ansur sebelum akhir tahun ini, tarikh akhir yang ditetapkan Pyongyang sebelum ia sedia menyambung rundingan. Beliau menganggapnya sebagai bersifat "bermusuhan, negatif dan sesuatu yang tidak perlu".

Encik Biegun menambah belum terlambat bagi Pyongyang dan Washington untuk mencari jalan keluar kepada kemelut sekarang.

Korea Utara sudahpun meningkatkan ketegangan dengan melancarkan beberapa ujian peluru berpandu sejak kebelakangan ini.

Encik Biegun sedang mengadakan lawatan tiga hari ke Seoul dengan tujuan untuk berbincang bersama para pegawai Korea Selatan mengenai isu tersebut.

Kedua-dua pihak mengatakan masih terus berusaha mencapai perdamaian di Semenanjung Korea.

Encik Biegun juga dijadual bertemu Presiden Korea Selatan Moon Jae-in sebelum berlepas ke Jepun bagi membincangkan juga isu Korea Utara.  

Sumber : AFP/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan