Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunku Aminah nafi khabar angin rumahtangga bergolak

Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menolak khabar angin yang berlegar di media sosial baru-baru ini mengenai perkahwinannya dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah sedang bergolak.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunku Aminah nafi khabar angin rumahtangga bergolak

Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya, Encik Dennis Muhammad Abdullah. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Feb 2019 07:52AM Dikemas Kini : 01 Feb 2019 07:54AM

JOHOR BAHRU: Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menolak khabar angin yang berlegar di media sosial baru-baru ini mengenai perkahwinannya dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah sedang bergolak.

Sebaliknya Tunku Aminah menganggap khabar angin itu sebagai tidak benar dan berniat jahat.

Menerusi catatan Facebook di laman 'Johor Royal Family oleh Royal Press Office', keluarga diraja itu menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin tidak berasas mengenai kehidupan peribadi mereka.

Tunku Aminah turut menyuarakan rasa tidak senang hati dengan khabar angin yang berlegar di media sosial mengenai perkahwinannya, dan juga yang berkaitan dengan dakwaan ‘urusan perniagaan’ produk penjagaan kulit dan pelangsingan badan.

“Suami saya dan saya bahagia, berbeza sama sekali dengan apa yang disebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya juga tidak pernah mengiktiraf sebarang produk seperti yang ditulis oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, yang menggunakan nama saya untuk mendapatkan perhatian," kata Tunku Aminah.

Keluarga diraja Johor berharap tindakan segera diambil oleh pengendali Facebook berkaitan bagi memadamkan kandungan yang berniat jahat itu, selaras dengan ikrar syarikat pengendali memastikan berita palsu ditangani dengan tegas.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan