Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk perasaan terhadap tindakan pisahkan keluarga pendatang asing

Kebanyakan pendatang haram itu diletakkan di kem-kem tahanan yang dikendalikan tentera.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan terhadap tindakan pisahkan keluarga pendatang asing

(Gambar: AFP/ Eduardo Munov Alvarez)

Diterbitkan : 01 Jul 2018 03:47PM Dikemas Kini : 01 Jul 2018 03:50PM

AMERIKA SYARIKAT: Di Amerika Syarikat, ribuan orang mengadakan tunjuk perasaan di El Paso, dekat sempadan Mexico, membantah dasar Pentadbiran Trump kerana memisahkan anggota-anggota keluarga pendatang asing.

Di bawah undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu, lebih 2,000 kanak-kanak terpisah daripada ibu bapa mereka yang menyeberang masuk secara haram ke Amerika.

Kebanyakan pendatang haram itu diletakkan di kem-kem tahanan yang dikendalikan tentera.

Walaupun Presiden Trump baru-baru ini melonggarkan sedikit dasar tersebut, para pegawai mengakui bukan mudah untuk menyatukan semula anggota-anggota keluarga yang terpisah.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan