Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk perasaan kembali diadakan di Hong Kong

 Pusingan baru bantahan berlaku di Hong Kong, namun dilancarkan secara aman.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan kembali diadakan di Hong Kong
Diterbitkan : 30 Nov 2019 06:22PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 06:26PM

HONG KONG: Pusingan baru bantahan berlaku di Hong Kong, namun dilancarkan secara aman.

Ribuan orang pelajar mengadakan rapat di Chater Garden hari ini (30 Nov) bagi menuntut pembaharuan demokratik dan mengutuk tindakan kekerasan polis ke atas penunjuk perasaan.

Sekurang-kurangnya tiga tunjuk perasaan dirancang hujung minggu ini.

Tunjuk-tunjuk perasaan dilancarkan semula sehari selepas polis Hong Kong menamatkan kepungan selama dua minggu ke atas Universiti Politeknik.

Bagaimanapun golongan aktivis mengancam untuk meneruskan bantahan.

Para penunjuk perasaan mengatakan, walaupun pilihan raya baru-baru ini berpihak kepada calon-calon pro demokrasi, pemerintah Hong Kong belum menunjukkan tanda-tanda akan memenuhi tuntutan-tuntutan mereka.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan