Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk perasaan di Myanmar berakhir dengan pertumpahan darah

Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di Myanmar apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan pada Ahad (2 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan di Myanmar berakhir dengan pertumpahan darah

Pergolakan di Myanmar sejak rampasan kuasa oleh pihak tentera (Gambar: AFP/Handout)

Diterbitkan : 03 May 2021 05:25PM Dikemas Kini : 03 May 2021 05:33PM

YANGON: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di Myanmar apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan pada Ahad (2 Mei).

Ribuan penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa berarak di Myanmar ketika negara itu memasuki bulan keempat di bawah rejim tentera.

Tunjuk perasaan bermula di pusat perdagangan Yangon dengan para aktivis menyeru peserta menunjukkan kekuatan dan menuntut 'revolusi musim bunga.'

Sebuah video menunjukkan dua pegawai polis Myanmar, dan dua lelaki berpakaian preman, menahan tiga orang di tepi jalan Yangon menggunakan kereta awam.

Letupan bom juga meletus di beberapa bahagian bandar pada waktu tengah hari.

Kawasan dalam dan luar bandar Myanmar bergolak sejak tentera menggulingkan Cik Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

Menurut Persatuan Bantuan untuk Tawanan Politik (AAPP), sehingga kini, pasukan keselamatan telah memberkas lebih 3,500 orang dan membunuh 759 orang awam.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan