Images
  • polis menembak ke arah penunjuk perasaan
    Polis menembak ke arah para penunjuk perasaan di Srinagar. (Gambar: Tauseef Mustafa/AFP)

Tunjuk perasaan di Kashmir bantah jenayah rogol kanak-kanak 3 tahun

SRINAGAR : Beribu-ribu orang menunjuk perasaan di wilayah Srinagar di Kashmir yang ditadbir India bagi membantah kejadian perkosaan seorang budak perempuan berusia tiga tahun.

Pihak polis sudahpun menahan suspek yang dipercayai jiran si mangsa.

Budak perempuan itu dirawat di hospital dalam keadaan kritikal sejak kejadian seminggu lalu.

Bantahan yang bermula semalam (13 Mei) dilaporkan merebak ke bandar-bandar berdekatan.

Penunjuk-penunjuk perasaan mendesak agar polis menyiasat usia sebenar suspek yang dipercayai berusia 20 tahun.

Suspek mendakwa dia berumur 13 tahun untuk mengelakkan hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan merogol.

- AFP/MM/sm

Top