Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunjuk perasaan di jalan-jalan raya Dhaka, tuntut keadilan bagi pelajar perempuan yang dibakar hingga mati

Di Bangladesh, tunjuk perasaan dilancarkan di jalan-jalan raya ibu kota, Dhaka, menuntut keadilan bagi seorang pelajar perempuan yang dibakar hingga mati kerana enggan menggugurkan tuduhan gangguan seksual terhadap pengetua sekolahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2019 04:21PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 09:52PM

DHAKA, BANGLADESH: Di Bangladesh, tunjuk perasaan dilancarkan di jalan-jalan raya ibu kota, Dhaka, menuntut keadilan bagi seorang pelajar perempuan yang dibakar hingga mati kerana enggan menggugurkan tuduhan gangguan seksual terhadap pengetua sekolahnya.

Nusrat Jahan Rafi, 18 tahun, membuat laporan polis bulan lalu mendakwa pengetua sekolahnya melakukan perbuatan tidak senonoh ke atasnya.

Nusrat kemudian dipaksa oleh lima orang supaya menarik balik laporan polis itu.

Apabila beliau enggan, Nusrat diikat, lalu disiram dengan minyak tanah dan dibakar.

Nusrat meninggal dunia empat hari kemudian akibat kelecuran teruk pada 80 peratus tubuhnya.

Puluhan ribu orang menghadiri upacara pengebumiannya.

Perdana Menteri Sheikh Hasina berikrar akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Sejauh ini 18 orang sudah ditangkap berhubung kes itu.

Salah seorang daripada mereka mendakwa melakukan kesalahan itu atas arahan pengetua sekolah terbabit.  

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan