Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tulisan khat adalah seni, tiada kaitan dengan agama

Tulisan khat adalah satu cabang seni penulisan dan ia tidak membabitkan elemen keagamaan, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:
Tulisan khat adalah seni, tiada kaitan dengan agama

Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: MOHD RASFAN / AFP)

Diterbitkan : 05 Aug 2019 09:27PM Dikemas Kini : 05 Aug 2019 09:30PM

PUTRAJAYA: Tulisan khat adalah satu cabang seni penulisan dan ia tidak membabitkan elemen keagamaan, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum keresahan masyarakat Cina apabila kerajaan akan memperkenal tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan.

“Kita akan membincangkannya lebih lanjut, tetapi sebenarnya ia adalah seni,” katanya kepada media mengenai isu bantahan penggunaan tulisan khat.

Sebelum itu, Dr Wan Azizah melancarkan Pertandingan Video Kreatif “Hentikan! Stop It!” dan Soal Selidik Mengenai Gangguan Seksual, hari ini (5 Ogos).

Sabtu lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat boleh diteruskan dan bantahan sesetengah pihak mengenai perkara itu hanya melibatkan sebahagian kecil masyarakat.

Dr Wan Azizah berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri itu namun akan berjumpa dengan beliau untuk berbincang lebih mendalam mengenai perkara itu. 

“Saya mengambil maklum mengenai perkara itu dan saya akan bincang dengan Perdana Menteri, walaupun beliau telah mengeluarkan kenyataan kita akan berjumpa dan berbincang dengan lebih mendalam,” katanya. 

Sumber : Bernama/NA/ na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan